Arsenal sudah sedia melepasi angka £100 juta dalam perbelanjaan untuk membeli pemain pada kali ini.

Sebelum ini Arsenal sudah mendapatkan Ben White dengan nilai £50 juta dan juta. Kemudian mereka mengesahkan pembelian Lokonga dengan nilai £18 juta.

Seterusnya Arsenal turut berjaya mendapatkan Nuno Tavares dengan nilai sekitar £7 juta.

Terbaru, pemain Lyon, Houssem Aouar dikatakan sedang menuju ke Arsenal untuk menguatkan barisan tengah Arsenal. Rundingan antara Arsenal dan Lyon rancak berlangsung dengan nilai £25 juta dikatakan menjadi nilai pembuka.

Aouar sudah lama berada dalam radar Arsenal, malah sebelum Arteta menjadi pengurus lagi. Aouar merupakan pemain tengah yang dianggap sesuai dengan sistem permainan yang cuba diterapkan Mikel Arteta.

Selain daripada Aouar, Arsenal turut memburu dua lagi bintang England iaitu James Maddison dan juga Tammy Abraham.

Maddison dilaporkan sudah memberitahu kelabnya bahawa beliau mahu ke Arsenal. Dan pada masa yang sama, Leicester masih berminat mendapatkan Maitland Ainsley Niles.

Mungkin pemain itu boleh disertakan dalam perjanjian dengan Maddison.

James Maddison merupakan antara perancang tengah kreatif di EPL. Namun musim lalu berdepan dengan banyak masalah kecederaan membuatkan aksinya terhad.

Tammy Abraham pula diinginkan oleh Arteta untuk mengisi posisi no.9 kelab. Pemain prolifik tersebut tidak berada dalam senarai perancangan Thomas Tuchel. Dan Chelsea sudah menawarkan Tammy Abraham kepada beberapa kelab lain.

Arsenal dilihat destinasi terbaik Abraham berdasarkan status kelab tersebut sebagai kelab besar di EPL.

Chelsea sedang berusaha mencari pemain no.9 yang baru dalam bursa perpindahan kali ini.

Kegagalan Arsenal menempatkan diri dalam kejohanan Eropah, walaupun UEL sekalipun, membuatkan mereka drastik cuba menguatkan pasukan pada kali ini.

Baca juga artikel

El Confidential Dedah Perez Terlibat Skandal Tender Kerajaan Mexico Bernilai €6.37 Billion (RM31.8 Billion)

Tuchel Mahu Chelsea Dapatkan Declan Rice Yang Diletakkan Harga £100 Juta Oleh West Ham

Wayne Bridge Sakit Hati Tengok Mancini Juara: “Kerana Dia ‘Tactician’ Yang Teruk”