Sevilla kini memiliki kelebihan yang sangat baik untuk dibawa ke perlawanan separuh akhir kedua Copa del Rey.

Ini selepas Sevilla menumpaskan Barcelona 2-0 di Stadium Ramon Sanchez Pizjuan.

Pemain pertahanan Sevilla, Jules Kounde dan bekas pemain Barcelona yang diarahkan mencari kelab baru sebelum ini, Ivan Rakitic menambah garam pada luka kelab lamanya.

Kounde menjaringkan gol yang cantik pada minit ke-25 dengan gerakan solo dari kawasan sendiri – melepasi empat pemain Barcelona.

Tidak lama selepas itu, Ter Stegen menafikan percubaan cantik oleh Sergio Escudero.

Barcelona bergelut dengan kreativiti di zon serangan. Dan mereka dihukum lagi pada minit ke-85 oleh Ivan Rakitic.

Lionel Messi hampir berjaya menjaringkan gol lewat tetapi usahanya digagalkan oleh penjaga gol Sevilla, Bono.

Tamat 90 minit, skuad bimbingan bekas pengurus Real Madrid, Julen Lopetegui membawa bekalan 2 gol yang akan dibawa ke Nou Camp pada 3 Mac akan datang.

Selepas tamat perlawanan, Ronald Koeman menganggap keputusan perlawanan agak tidak adil kepada pasukannya.

Di mana Koeman percaya pasukannya bermain dengan sangat baik.

“Saya rasa kita berhak mendapat keputusan lebih baik. Kerana kita bermain baik. Kita mencipta beberapa peluang gol yang baik.”

“Kita berjuang ketika ketinggalan 1 gol. Keputusan kemungkinan agak jauh menggambarkan apa yang kita lakukan di atas padang.”

“Kita bermain bagus sekali. Namun kita kena faham, kita berdepan dengan pasukan bagus dengan pendekatan fizikal. Tetapi kita tetap mendominasi perlawanan.”

“Saya rasa kita mendapat peluang keemasan. Dan saya juga berpendapat kita patut mendapat penalti.”

“Ok, ianya agak pelik, kerana jika berlaku kekasaran, maka penalti harus diberikan.”

Baca juga perkembangan lain

Piala FA: Rembatan McTominay Singkir West Ham

Alaba Mahu £400k Seminggu Dari Chelsea

EPL: Rekod Luar Biasa Penalti Jorginho Teruskan Kecemerlangan Chelsea Era Tuchel